# WELCOME 2 MY PAGE #LOVE UR BODY # # cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma cma

Monday, March 07, 2011

Amalan Dalam Pantang

Sume wanita inginkan zuriat kerana ini sesuatu pengalaman yang indah dalam hidup seorang wanita.  Untuk melahirkan seorang zuriat seorang ibu kena menempuh perubahan dari segi mental dan fizikal. Dari proses mgandung selama 9bulan, proses bersalin dan Selepas bersalin.Tubuh ibu memerlukan pemulihan dari segi mental & fizikal. Proses2 tersebut bukan lah boleh diambil mudah dan perlukan penjagaan yang rapi.
Jagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan dari segi kesihatan jasmani dan rohani serta mental, serta kecantikan dan bentuk tubuh badan.
Dalam kehidupan yang moden kini ramai wanita mengabaikan amalan berpantang seperti berurut, bertungku, bertangas dan berbengkung. mungkin agak leceh tapi percayalah kesan nya amat sgt hebat. Sepatut nya semua wanita mesti merebut waktu ini lah untuk memulihkan kesihatn tubuh badan kan? Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda serba cikit amalan berpantang yang biasanya diamalkan selama 44hari... Aduii.. lamakan...
  • Menyusu Badan
Pada saya menyusu anak is the best.. kerana selain TERBAIK untuk kesihatan anak dan mengandungi antibodi yang tinggi ia juga dapat mengecutkan rahim ibu ketika anak menghisap susu badan, Susu badan juga dapat menguruskan badan wanita dan selain itu dengan menyusukan anak akan melambatkan kedatangan haid secara tidak langsung ia adalah kaedah merancang keluarga yang paling berkesan tanpa mengeluarkan duit dan selamat.


  • Amalan permakanan
Dalam pantang pemakanan sangat penting. Ibu2 harus tahu apa yg boleh dan tidak boleh diambil. Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk Jadi Ibu disarankan  banyak memakan halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal. Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Kunyit juga digalakkan sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim dan merawat luka.selain itu ibu digalakkan mengambil daun pegaga, daun cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina dn sebagainya.
  1. contoh makanan sejuk - buah tembikai, jambu, sayur kangkung,  kelapa, timun, kacang panjang dan sebagainya. Makanan ini dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.(saya sendiri berpantang makanan ni selama setahun... lebih2 x tahan babe!)
  2. contoh makanan Berbisa - Nenas, tebu, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
  3. contoh makanan gatal -  ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
  • Amalan Jamu
hah??? Jamu? Ehhhh... pahitnya. Biasenya gitu la respon bila disuruh makan jamu. Tapi nak wat cmner nak sihat kan kenalah telan jugak. Makan jamu dapat  membantu mengeluarkan angin, lendir & darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan. Kebiasaannya jamu dia diamik pada waktu pagi sebelum sarapan kerana waktu pagi sejuk urat lembut jadi proses penyebuhan lebih cepat. Biasa jamu kandungan dalam jamu adalah temulawak, manjakani, ibu kunyit, halia muda dan sebagainya. 

  • Rawatan Bertungku
Bertungku pulak? Yela nak cantik balikkan kenalah. Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.
Besi @ batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1 ke 2 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain yang telah dilapik dengan daun mengkudu, daun sirih atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku. Tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat.
Tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru, bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang
  • Mandian Ibu Bersalin
Setelah selesai bertungku dan berurut, Jom kita mandi. heheheeh... mandi bukan sebarang mandi  tapi  menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun serai wangi, daun pandan, daun lengkuas, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun mengkudu dan rempah halba.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan
Biasanya amalan urut dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang. Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran. Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.
.
  • Rawatan Berlulur
Haa... ni Best. Ape lagi Berlulur lah dan ianya boleh dibuat sebelum @ selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Sekarang ni bnyk pusat2 kecantikan menawarkan perkhidmatan melulur jadi ibu boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian lulur disana. Hanya perlukan sediakan duit dan badan sahaja. hehehee... Dan kebiasaannya ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.. Selain menghaluskan kulit lulur dapat meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
  • Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Sekiranya amalan berpantang ini tidak dihiraukan biasa nya apabila usia mula meningkat badan akan terasa lenguh - lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Masa ni baru terasa kesal kerana tidak berpantang. Jadi pilihan terletak ditangan ibu2. Bukan senang nak menjaga kecantikan. Ia memerlukan pergorbanan masa dan kerajinan. penuaan tak siapa mampu menghalang tapi kita tak bolehla menjadi tua sebelum waktunya. Apa yang Allah bg perlu d jaga sekurang2 dapat maintain kan?


*sumber rujukan berdasarkan pengalaman sendiri, kekawan dan bahan2 bacaan.*

No comments:

Post a Comment